BANGKOK: Seorang lelaki warga Jerman ditangkap di Thailand atas dakwaan penderaan seks terhadap kanak-kanak termasuk anak perempuannya sendiri.
Suspek yang hanya dikenali sebagai 'Tony', didakwa mencabul kanak-kanak dan mengedarkan rakaman tersebut di laman web gelap di Jerman.
Memetik laporan Reuters, pihak berkuasa menyerbu rumah Tony di wilayah Udon Thani di timur laut Thailand pada 14 Januari lalu selepas Pejabat Polis Jenayah Persekutuan Jerman menyerahkan maklumat kepada pihak berkuasa Thailand mengenai aktiviti eksplisitnya secara dalam talian.
Jabatan Siasatan Khas (DSI) Thailand kemudiannya menemui peranti elektronik yang mengandungi lebih 10,000 imej lucah kanak-kanak, termasuk gambar anak perempuan suspek.
Polis menahan Tony, yang berdepan pelbagai pertuduhan termasuk penderaan seksual kanak-kanak, memiliki pornografi kanak-kanak, memasukkan maklumat seksual ke dalam sistem komputer, serta serangan seksual terhadap anak sendiri.
Mahkamah Jenayah Thailand turut menolak permintaan tertuduh untuk diikat jamin.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah DSI, Mejar Yutthana Praedam berkata, penahanan Tony adalah hasil kerjasama antara DSI, Pejabat Polis Jenayah Persekutuan Jerman, serta anti-pemerdagangan seks Amerika Syarikat (AS).
Agensi
Tue Feb 06 2024
Pihak berkuasa menyerbu rumah Tony di wilayah Udon Thani di timur laut Thailand pada 14 Januari lalu. - Foto tangkap layar video Reuters
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Lelaki warga AS mengaku salah miliki video lucah, pornografi kanak-kanak
Tertuduh, David Matthew Frahm, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani.
Warga Jerman ditahan di Thailand, penderaan seksual kanak-kanak
Jabatan Siasatan Khas Thailand menemui peranti elektronik yang mengandungi lebih 10,000 imej lucah kanak-kanak, termasuk gambar anak perempuan suspek.
Bekas anggota CIA dipenjara, bocor rahsia ke WikiLeaks
Joshua Schulte didapati bersalah atas tuduhan pengintipan dan lain-lain kesalahan pada 2022, dalam tragedi yang digelar 'Pearl Harbor digital.'
Miliki 19,011 video, gambar pornografi kanak-kanak, pembantu kedai ubat dipenjara, denda
Lelaki dihukum penjara enam bulan dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, selepas disabitkan kesalahan memiliki video dan gambar pornografi kanak-kanak.
Pekerja jagaan didakwa dera, rogol 91 kanak-kanak
Seorang bekas pekerja jagaan kanak-kanak di Australia didakwa dengan 1,623 pertuduhan mendera 91 kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan rogol dan 110 pertuduhan persetubuhan dengan kanak-kanak di bawah
Penyampai berita BBC terheret skandal gambar lucah, isteri sahkan Huw Edwards ada masalah mental
Huw Edwards didakwa membayar seorang anak muda beribu-ribu pound untuk gambar seksual yang eksplisit.
Ibu didakwa amang seksual dua anak lelaki, arah rakaman pornografi
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Dewan Negara lulus RUU Pindaan Kesalahan Seksual Kanak-Kanak
Pindaan yang dilakukan itu mengambil kira kes jenayah yang begitu sofistikated, seiring kemajuan teknologi dan memerlukan pindaan kepada takrifan atau interpretasi jenayah itu diperluaskan.
Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus
Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Akta Komunikasi dan Multimedia diteliti selaras penubuhan pasukan banteras pornografi kanak-kanak
Ia dibincangkan bersama Kabinet yang setuju beberapa undang-undang perlu diteliti semula dalam usaha melindungi kanak-kanak dan wanita.